DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN
ISLAM
PUAN RINA FAKHRIZAN MOHD SUKRI
PENGGUNAAN BAHASA ROJAK DALAM
KALANGAN MASYARAKAT
NO.
|
NAMA
|
NO.MATRIK
|
1.
|
FATIN
NUR MAISARAH BT JAMALUDIN
|
02DLS15F1019
|
2.
|
NOR
WAHIDA BT MOHAMAD WAHID
|
02DLS15F1007
|
3.
|
AINNA
SYAZIRA BT ABDUL AZIZ
|
02DLS15F1013
|
4.
|
NUR
NABIHAH BT CHE MANSOR
|
02DLS15F1080
|
5.
|
NURFATIHA
BT ZAINUDDIN
|
02DLS15F1020
|
Pengenalan Bahasa
Rojak
Seawal
zaman Kesultanan Melayu Melaka, Bahasa Rojak dapat dikesan apabila sebuah
enterpot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka.
Pelabuhan ini telah menarik ramai pedagang dari pelbagai bangsa dan budaya yang
secara keseluruhannya bertutur lebih daripada 80 bahasa. Oleh itu, pedagang
dunia dan tempatan sudah biasa mengguna pakai pelbagai Bahasa dalam satu
pertuturan. Mengikut ensiklopedia Malaysia, Bahasa Rojak merupakan sebahagian
daripada pijin Bahasa penghubung di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat
dalam gaya alihannya, seseorang mungkin memulai perbualan dalam bahasa Melayu
dan kemudian menyambung dengan bahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan
satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan menamatkannya
dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun.
Bahasa Rojak
digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia,
yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang
betul. Kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu
yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan
Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV
3 telah menukar
nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab
kebimbangan orang ramai.
Majalah komik sering
disalahkan lantaran menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering diperdebatkan.
Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan
untuk memungkinkan pembaca mengenal pasti perkataan-perkataan mahupun
frasa-frasa ini (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?).
Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempak dan Kreko menggunakan bahasa
yang lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak.
Bahasa Rojak ialah Bahasa yang bercampur aduk
kata-kata yang digunakan oleh menuturnya (misalnya seketika menggunakan
kata-kata dalam Bahasa Melayu dan seketika lagi
menggunakan kata-kata dalam Bahasa Inggeris) terutamanya oleh golongan yang
tidak mementingkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul.
Bagaimana amalan Bahasa Rojak di
negara kita?
Bahasa Rojak
digunakan secara meluas terutamanya dalam kalangan remaja bandar di Malaysia,
sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan Bahasa Melayu yang
betul. Memang tidak dapat dinafikan semakin hari, semakin ketara penggunaan
Bahasa Rojak dalam kehidupan seharian kita. Kini, penggunaan Bahasa Rojak bukan
setakat dalam perbualan sahaja malahan telah melanda dunia teknologi internet
seperti “Facebook”, “Twitter”, “Instagram”, “WhatsApp” dan “WeChat”.
Bukan itu sahaja, program di
televisyen, radio mahupun novel dan majalah turut menggunakan Bahasa Rojak.
Misalnya, ada sesetengah filem yang menggunakan Bahasa Malaysia tetapi
mempunyai judul dalam Bahasa Inggeris atau bahasa rojak. Sebagai contoh,
Senario The Movie, Remp-It, Antoo Fighter dan Lu Pikirlah Sendiri The Movie. Ini
menunjukkan satu fenomena di mana Bahasa Rojak kini sudah digunakan secara
meluas.
Bagaimana cara mengembalikan penggunaan
Bahasa Malaysia?
“Bahasa
Jiwa Bangsa” Setiap penyakit pasti ada penawarnya,
begitu juga dengan gejala penggunaan Bahasa Rojak. Gejala ini dapat ditangani
dengan menyarankan kesedaran terhadap penggunaan bahasa yang betul di semua
peringkat rasmi dalam masyarakat. Selaku pemimpin masyarakat, mereka seharusnya
menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.
Mereka harus
mengawal diri menggunakan bahasa dalam
sesuatu majlis supaya mereka sentiasa menggunakan Bahasa Melayu mahupun Bahasa
Inggeris. Jika mereka menggunakan Bahasa Melayu, biarlah sepenuhnya digunakan
perkataan-perkataan melayu begitu juga apabila berbahasa inggeris. Keadaan ini
akan menjadi ikutan kepada rakyat dan lama-kelamaan seluruh masyarakat dapat
menggunakan bahasa dengan betul.
Jelaslah bahawa penggunaan bahasa yang betul oleh
pemimpin masyarakat adalah penting dalam mengatasi gejala Bahasa Rojak. Selain itu,
bagi mengelakkan Bahasa Rojak terus digunakan sikap pengguna sendiri perlu
berubah. Sikap menganggap Bahasa Melayu kolot dan tidak standard harus
dihapuskan. Alasan yang menyatakan Bahasa Melayu tidak mempunyai perbendaharaan
kata yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea tidak boleh diterima.
Hal ini demikian kerana Bahasa Melayu
bersifat terbuka dan sanggup menerima perkataan-perkataan inggeris bagi meambah
perbendaharaan katanya. Masyarakat seharusnya menyanjung tinggi terhadap bahasa
kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dan mengelakkan dirinya daripada menggunakan
Bahasa Rojak. Sesungguhnya, bagi mengelak menggunakan Bahasa Rojak memerlukan
disiplin, komtmen dan latihan diri yang bersunggu-sungguh. Tuntasnya, sikap masyarakat
perlu berubah supaya gejala ini dapat diatasi.
Peranan media massa juga penting
bagi mengelakkan Bahasa Rojak digunakan secara berleluasa. Kini, masyarakat
amat dipengaruhi oleh media massa terutamanya bagi golongan remaja. Program televisyen,
filem dan drma yang menggunakan bahasa rojak akan dipelajari oleh remaja.
Keadaan ini disebabkan mereka mempunyai naluri yang tinggi untuk mencuba
sesuatu. Seharusnya, program-program televisyen yang mengandungi penggunaan
Bahasa Rojak tidak boleh ditayangkan dan perlu ditapis terlebih dahulu sebelum
disiarkan. Natijahnya, gejala ini dapat diatasi melalui peranan yang diamainkan
oleh pihak media massa.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya,
semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama untuk menjalankan langkah yang
pragmatik bagi menangani masalah pencemaran bahasa. Usaha yang berterusan dan
efisien akan menyebabkan bahasa yang telah diangkat martabatnya sebagai bahasa
kebangsaan ini semakin dihormati dan penggunaannya dapat dibaiki dari semasa ke
semasa. Jika tiada prakarsa daripada mana-mana pihak, maka pupuslah bahasa dan
lenyaplah bangsa. Langkah untuk memprioritikan bahasa Melayu ini dilakukan agar
generasi akan datang dapat merasakan keaslian dan ketulenan bahasa ibunda
mereka yang selama ini diperjuangkan agar tak lapuk dek hujan, dan tak lekang
dek panas.
Rujukan
Lampiran
No comments:
Post a Comment